Permainan terbaru dari Ninja Theory, Hellblade: Senua’s Sacrifice, yang dilancarkan di Ogos lepas kini tiba di Playstation Store Malaysia dengan harga RM128.
Hellblade: Senua’s Sacrifice adalah permainan sinematik psikologi seram aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ninja Theory. Permainan ini dilancarkan pada Ogos yang lepas di Playstation 4 dan PC. Walaubagaimana pun, ia tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia buat konsol Playstation 4. Kini, anda boleh dapatkan permainan tersebut dengan harga RM128 di Playstation Store.