Bersama-sama laporan mengatakan Tencent berminat dengan syarikat disebalik PUBG, ia turut dikatakan yang mana Bluehole kini dalam perbincangan bersama Sony untuk memperkenalkan versi PlayStation untuk permainan popular PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Buat masa ini, Microsoft telah mengumumkan kerjasama bersama Bluehole, dan akan melancarkan permainan berkenaan secara eksklusif di Xbox pada tahun ini. Microsoft bakal menerbitkan sendiri permainan berkenaan – dan mungkin Bluehole turut inginkan Sony untuk menerbitkan versi PlayStaion bagi permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds.

PlayerUnknown’s Battlegrounds menawarkan permainan berbentuk Battle Royale, dimana 100 pemain akan dijatuhkan dan perlu bersaing antara satu sama lain, sehingga hanya seorang yang tinggal dan memenanginya.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk PC sahaja dalam bentuk Early Access, dan telah pun mengungguli carta Steam – mendahului permainan Dota 2.

Sohor Kini