Skip to main content

Bagi anda yang meminati mengikuti perkembangan arena bola sepak, semestinya salah satu permainan yang digemari oleh anda adalah permainan Football Manager.

Football Manager 2018 bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2018 kelak, dan kini pihak Sports Interactive telah pun mengeluarkan video acah terbaru untuk permainan akan datang berkenaan.

Football Manager 2018 akan membawakan enjin grafk yang serba baru, yang mana memperlihatkan pelbagai perkara termasuk stadium dalam paparan lebih baik. Disamping itu, ia turut menyertakan kecerdasan buatan dalam menambah-baik kaedah permainan serta pilihan taktikal untuk para pemain, selain penawaran membeli dan merisik pemain dari kelab lain yang lebih menyerupai industri sebenar.

Sports Interactive turut mengatakan mereka bakal berkongsi lanjut mengenai permainan ini dalam masa terdekat ini, sebelum pelancaran penuhnya pada November kelak.

Leave a Reply