Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Hadir Dengan Trailer Untuk Permua Digimon Links

Bandai Namco Hadir Dengan Trailer Untuk Permua Digimon Links

Diterbitkan pada Sep 29, 2017 oleh .

Bandai Namco sebelum ini telah mengumumkan pra-daftar untuk permua (permainan mudah-alih) Digimon Links yang akan datang di Android, dan hari ini, mereka turut hadir dengan sebuah trailer baru berbahasa Inggeris untuk permainan berkenaan.

Melalui Digimon Links, pemain boleh memperkembangkan watak Digimon mereka seperti melatih dan sebagainya – selain turut menyertai perlawanan 3-lawan-3 untuk menambah tahap dan kekuatan Digimon anda.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan lagi. Mungkin kita akan mendengar mengenainya tidak lama lagi.

Muat-Turun Digimon Links untuk Android