Skip to main content

The Evil Within 2 merupakan salah satu permainan yang mengintegrasikan elemen seram dalamnya. Ia akan dilancarkan pada bulan Oktober ini, dan kini pihak Sony mengumumkan yang mana permainan ini boleh didapati oleh pengguna tempatan bermula 13 Oktober 2017 kelak.

The Evil Within 2 membawa latar tempat berbentuk seram, dan menawarkan pelbagai detik-detik yang mengejutkan. Pemain akan memainkan watak bersama seorang detektif, dimana anda perlu menyelamatkan anak anda daripada dunia kegelapan. Seperti biasa, anda akan perlu melalui pelbagai misi yang menyeramkan sebelum dapat menyelamatkan anak anda.

Di Malaysia, permainan ini akan ditawarkan pada harga RM229 untuk PlayStation 4 bagi versi fizikal.

Leave a Reply