Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan perlumbaan Need For Speed: Payback, hari ini EA berkongsi informasi lanjut berkenaan kawasan di dalam permainan tersebut.

Fortune Valley adalah kawasan utama buat permainan ini. Ia merupakan kawasan dunia terbuka yang mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti perlumbaan drag, perlumbaan off road dan sebagainya.

EA juga menyatakan Fortune Valley merupakan kawasan paling besar yang pernah dibangunkan oleh mereka buat permainan Need For Speed. Anda boleh melihat seluruh kawasan peta dibawah.

Need for Speed : Payback akan ditawarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC pada 10 November kelak.

Sohor Kini