Informasi Permainan Video Terkini
Pemain Mobile Legends Akan Bersaing Untuk Hadiah Bernilai $10,000 Di Malaysia Penghujung Julai Ini

Pemain Mobile Legends Akan Bersaing Untuk Hadiah Bernilai $10,000 Di Malaysia Penghujung Julai Ini

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Mobile Legends merupakan salah satu permainan multi-pemain (MOBA) yang dibangunkan oleh Moonton, dan dilancarkan pada bulan Julai 2016 lepas. Kini, selang setahun, ia mempunyai lebih 70 juta pemasangan seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri, ia mempunyai angka peminat yang tinggi – sekaligus membuatkan Honor Malaysia turut mempromosikan permainan berkenaan bersama-sma pengenalan telefon pintar Honor 8 Pro.

Mobile Legends SEA

Turut diumumkan bersama ketika pelancaran adalah dimana pasukan pemain dari Singapura dan Malaysia akan bersaing untuk memenangi hadiah bernilai $10,000 pada penghujung bulan ini, sekaligus menjadikan ia antara acara e-sukan memfokuskan permua terbesar di Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh menghadirkan diri menontonnya di Tropicana City Mall pada 29 dan 30 Julai 2017 ini. Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh menonton acara sama melalui saluran eGG di Astro.


TIPS & ULASAN