China Hero Project merupakan initiatif Playstation membantu pembangun-pembangun permainan di Cina. Kill-X merupakan salah satu daripada China Hero Project yang dibangunkan oleh Vivagames. Pada Tokyo Game Show 2017 minggu lepas, Kun Yao, penerbit bagi Vivagames sempat berkongsi pelbagai informasi lanjut berkenaan mereka yang akan datang iaitu Kill-X. Sebuah permainan realiti-maya penembak pandang pertama.
Kill-X meletakkan pemain di dalam sebuah pulau yang mempunyai pelbagai misteri. Pemain akan bermain watak Tire dan ditemani beberapa watak NPC seperti Ksana dan Cookie Pie.
Kun Yao menyatakan permainan ini memfokuskan dengan tiga ciri utama iaitu terus bergerak, terus berfikir dan terus bertempur. Tiga ciri utama ini merupakan asas permainan ini dimana Kun Yao menyatakan mereka memastikan 3 ciri-ciri diberi keutamaan ketika pembangun permainan ini.
Berkenaan ciri pertama, terus bergerak. Kun Yao menyatakan permainan ini memberi pergerakkan secara konsisten dengan penggunaan alat kawalan Playstation Move. Tidak seperti kebanyakkan permainan realiti-maya yang lain dimana pergerakkan watak berasaskan teleportasi.
Ciri kedua, terus berfikir adalah dimana Vivagames memfokuskan bentuk permainan Kill-X ini bukan sahaja permainan penembak. Mereka meletakkan beberapa bentuk permainan teka-teki dan pemain perlu berfikir untuk menyelesaikan beberapa misteri.
Ciri terakhir iaitu terus bertempur memfokuskan pertempuran antara musuh, hidup atau mati. Kun Yao menyatakan permainan ini bakal memberi adrenalin kepada pemain.
Dari bentuk permainan pula, Kill-X dikawal dengan menggunakan alat kawalan Playstation Move. Buat masa sekarang, Vivagames masih lagi belum memutuskan untuk pembangunan kawalan menggunakan Dualshock 4 dan Aim Controller. Tetapi dengan kawalan menggunakan Playstation Move, permainan ini memfokuskan sistem kawalan secara dua tangan. Di mana pemain berupaya untuk menggunakan pelbagai senjata berlainan setiap tangan. Contohnya pemain berupaya untuk memegang pistol disebelah tangan, dan disebelah kiri lampu suluh. Lampu suluh tersebut juga pemain boleh menggunakan untuk membutakan musuh dan sebagainya.
Permainan ini juga menyertakan beberapa barangan tradisional Cina seperti kompas dan juga pemain berupaya untuk meluangkan masa bersama watak-watak di dalam permainan seperti pergi mendaki gunung dan sebagainya.
Vivagames masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan ini, dan buat masa sekarang Kill-X bakal dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 dengan sokongan Playstation VR.