Permainan Ace Attorney merupakan salah satu permainan yang popular. Hari ini, penerbitnya, Capcom telah mula menawarkan Ace Attorney : Spirit of Justice yang pada awalnya ditawarkan untuk Nintendo 3DS pada peranti Android. Walaubagaimanapun, ia sedikit mahal berbanding pelbagai permua lain, dimana Capcom menawarkannya pada harga RM85.99.

Melalui permainan ini, anda akan memainkan watak yang perlu melindungi pelbagai klien anda daripada dituduh sebagai penjahat. Anda akan diperlukan mengumpulkan pelbagai bahan bukti untuk memenangi kes anda di mahkamah.

Permua yang ditawarkan ini adalah berbentuk port, dan sekiranya anda pernah memainkan permainan ini sebelum ini, mungkin boleh mencubanya kembali dengan mendapatkan ia melalui Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Ace Attorney Spirit of Justice untuk Android

Sohor Kini