Skip to main content

Ramai pembangun permainan sering menawarkan permainan lama mereka secara percuma ketika ingin mengeluarkan permainan baru. Kini, Bedtime Digital Games dalam proses ingin melancarkan permainan baru Figment, dan bersempena dengannya, mereka kini menawarkan permainan Back to Bed secara percuma di Steam.

Back to Bed

Back to Bed

Back to Bed menawarkan permainan tekaria dalam bentuk 3D, dimana para pemain perlu menyelesaikan pelbagai tahap permainan secara kreatif. Melalui permainan ini, pemain akan mengawal watak Bob yang mempunyai masalah berjalan ketika tidur – dan perlu mengawal dan menyelesaikan pelbagai tekaria untuk membolehkan Bob kembali dengan selamat ke katil beliau.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan yang dilancarkan pada 2014 ini secara percuma di Steam hari ini.

[download]Muat-Turun Back to Bed di Steam[/download]

Leave a Reply