Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Need for Speed Payback
PC

Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Need for Speed Payback

Diterbitkan pada Sep 21, 2017 oleh .

Need for Speed Payback merupakan siri permainan perlumbaan seterusnya dibawah siri NFS yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini. Ia bakal hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Seperti penawaran permainan untuk PC yang lain, kini EA turut telah berkongsi akan mengenai spesifikasi yang diperlukan oleh pemain PC untuk memainkan permainan berkenaan.

Untuk bermain dengan penawaran asas, spesifikasi minima yang diperlukan pemain adalah:
CPU: Intel i3 6300 @ 3.8GHz atau AMD FX 8150 @ 3.6GHz
Memori: 6GB RAM
Storan Cakera Keras: 30GB
GPU: Nvidia GeForce GTX 750 Ti, AMD Radeon HD 7850, atau GPU dengan sokongan DX11 menawarkan 2GB memori

Untuk bermain dengan sokongan pada tetapan yang dicadangkan, berikut:
CPU: Intel i5 4690K @ 3.5GHz atau AMD FX 8350 @ 4.0GHz
Memori: 8GB RAM
Storan Cakera Keras: 30GB
GPU: AMD Radeon RX 480, NVIDIA GeForce GTX 1060, atau GPU dengan sokongan DX11 compatible GPU dengan 4GB memori

Selain itu, pemain juga memerlukan sokongan pemacu DVD untuk tujuan pemasangan, selain sokongan talian internet 512KBPS dan ke atsa.

EA dijangka melancarkan Need for Speed Payback pada 10 November ini.