Microsoft hari ini telah pun menerbitkan demo untuk permainan Forza Motorsport 7 akan datang, sekaligus membolehkan para peminat permainan perlumbaan untuk mencuba terlebih dahulu permainan berkenaan sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau tidak.
Forza Motorspot 7 Demo ini ditawarkan untuk Xbox One dan juga Windows 10. Pengguna boleh memuat-turunnya, dan memainkan tiga pengalaman perlumbaan berbeza melaluinya. Walaubagaimanapun, memandangkan ia adalah versi demo, maka pelbagai perkara adalah terhad – termasuk pilihan kereta dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Forza Motorsport 7 Demo hari ini, sementara menantikan pelancaran rasminya untuk Windows 10 dan Xbox One menjelang 3 Oktober kelak.
https://www.youtube.com/watch?v=QITXLdS3eW0
[download]Muat-Turun Forza Motorsport 7 Demo[/download]