Informasi Permainan Video Terkini
Oddworld: Abe’s Oddysee Ditawarkan Secara Percuma Melalui GOG Untuk Tempoh Terhad
PC

Oddworld: Abe’s Oddysee Ditawarkan Secara Percuma Melalui GOG Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Bagi anda yang ingin menambah koleksi permainan percuma, kini GOG menawarkan permainan Oddworld: Abe’s Oddysee secara percuma untuk tempoh yang sangat terhad.

Oddworld: Abe’s Oddysee merupakan sebuah permainan berbentuk platformer dan ditawarkan untuk platform Windows. Pemain seperti biasa perlu berlari, melompat, dan melakukan pelbagai aksi dalam menyelesaikan sesuatu tahap dan mara untuk menyelesaikan misi.

Oddworld

Oddworld: Abe’s Oddysee boleh dikatakan salh satu permainan berbentuk platformer yang popular dikalangan ramai pemain seluruh dunia. Permainan asal ini telah dilancarkan pada 1997 yang lepas.

Sekiranya anda ingin menambah koleksi permainan anda, mungkin boleh ke laman GOG hari ini, dan menebusnya secara percuma sebelum penawaran terhad ini ditamatkan.

Muat-Turun Oddworld: Abe’s Oddysee di GOG