Kemunculan permainan klasik Shadow of The Colossus di acara E3 Jun lalu amat mengejutkan kerana tiada khabar angin mengenai kewujudannya. Ketika diperlihatkan tidak banyak maklumat dikongsikan oleh Sony. Dengan trailer terkini dari Tokyo Game Show, kita kini mengetahui SoTC ialah permainan yang dihasilkan semula dan bukannya remaster.
Dengan kuasa PlayStation 4 Pro, SoTC akan menyokong grafik pada tetapan 4K. Kesemua colossus di dalam permainan kini mempunyai jumlah poligon lebih tinggi dan tekstur yang jauh lebih tajam. Peningkatan amat ketara berbanding edisi PlayStation 2 dahulu. Kami akui tidak sempat menghabiskan SoTC dahulu dan amat menantikan versi terbaru ini apabila ia tiba pada tahun 2018.