Bagi anda yang mengemarkan permainan berbentuk multi-pemain FPS, kini Ubisoft telah menerbitkan sebuah permainan baru mereka, dinamakan sebagai Atomega.
Melalui Atomega, ia membawakan konsep dimana pemain perlu mengumpulkan “objek” dalam membesarkan watak mereka – lebih kurang pada permainan “Snake” di Nokia 3310, dan seterusnya turut menembak musuh lain dalam arena.
Permainan ini menghimpunkan sehingga 8 orang dalam sesuatu arena, dan setiap permainan terhad selama 10 minit. Pemain paling lama bertahan akan mendapat mata ganjaran melauinya.
Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan permainan ini pada harga RM39.99 melalui Steam hari ini.
[download]Muat-Turun Atomega di Steam[/download]