Bersama pengenalan pelbagai permainan baru, Sony turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan satu lagi permainan Gundam untuk PlayStation 4, iaitu Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2. Permainan ini bakal dilancarkan secara rasminya pada 2018 kelak.
Permainan ini adalah sekuel untuk Mobile Suit Gundam: Battle Operation yang telah dilancarkan sejak 2013 lepas.
Mobile Suit Gundam: Battle Operation sebelum ini menawarkan permainan aksi multi-pemain berasaskan atas-talian, yang membolehkan para pemain bersaing antara satu sama lain. Sebelum ini, ia telah diumumkan yang mana pelayan untuk permainan Mobile Suit Gundam: Battle Operation telah ditutup – sekaligus memperlihatkan Sony dan Bandai Namco memfokuskan kepada sekuel permainan tersebut.
Sony mengatakan permainan ini bakal hadir ke PlayStation 4 pada 2018 kelak.
https://www.youtube.com/watch?v=RUnVzh7gOf8