Call of Duty : WWII merupakan permainan seterusnya dibawah siri COD daripada Activision, dan bakal dilancarkan pada 3 November 2017 kelak. Kini, untuk mempromosikannya, pihak Activision dan Sledgehammer Games telah mengeluarkan video trailer terbaru untuk permainan berkenaan, mempertontonkan kisah penceritaan disebalik permainan berkenaan.
Call of Duty WWII mengisahkan watak Private Ronald “Red” Daniels, salah seorang askar muda yang perlu melalui peperangan buat pertama kalinya, dan menyertai perang terbesar dalam sejarah. Dibawah skuad yang disertai watak berkenaan, beliau perlu meneruskan perjuangan di seluruh Eropah, menentang musuh di pelbagai lokasi, dan memasuki Jerman.
Call of Duty : WWII ini bakal ditawarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.