Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Untuk Call of Duty : WWII Pada PC Akan Bermula 29 September Ini
PC

Beta Terbuka Untuk Call of Duty : WWII Pada PC Akan Bermula 29 September Ini

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Pihak Sledgehammer Games hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan akses beta terbuka untuk Call of Duty : WWII pada PC pada 29 September 2017 ini

Call of Duty : WWII merupakan permainan terbaru dibawah siri COD, dimana ia mengambil latar masa pada perang dunia kedua.

COD : WWII

Bagi pengguna PC, anda boleh memainkan beta terbuka Call of Duty : WWII ini bermula 29 September 2017 ini sehingga 2 Oktober 2017 kelak melalui Steam. Menariknya, anda boleh memainkan ia secara percuma – walaupun tidak membuat pra-tempahan, berbeza dengan penawaran beta untuk konsol.

Menurut Sledgehammer Games, berikut merupakan spesifikasi minima yang diperlukan untuk para pengguna dapat menikmati permainan COD : WWII ini dalam bentuk beta secara lancar pada komputer mereka:

OS: Windows 7 64-Bit or later
CPU: Intel® Core™ i3 3225 or equivalent
RAM: 8 GB RAM
HDD: 25 GB HD space
Video: NVIDIA® GeForce® GTX 660 @ 2 GB / AMD Radeon™ HD 7850 @ 2GB or better
DirectX: Version 11.0 compatible video card or equivalent
Network: Broadband Internet connection
Sound Card: DirectX Compatible