Informasi Permainan Video Terkini
Anda Boleh Muat-Turun Pas Musim Star Wars: Battlefront Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad
PC

Anda Boleh Muat-Turun Pas Musim Star Wars: Battlefront Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Bagi anda yang mempunyai permainan Star Wars: Battlefront, EA kini mengumumkan pas musim bagi permainan tersebut secara percuma bermula hari ini sehingga 5 Oktober ini. Tawaran tersebut adalah buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bagi anda yang memuat-turun pas musim tersebut, anda akan mendapat segala pernambahan DLC buat permainan Star Wars: Battlefront termasuklah segala watak tambahan dan juga peta kawasan tambahan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pas musim tersebut sekarang dengan melayari laman-laman rasmi permainan tersebut dibawah.

Muat-Turun : PS4 Pas Musim Star Wars: Battlefront

Muat-Turun : Xbox One Pas Musim Star Wars: Battlefront

Muat-Turun : PC Origin Pas Musim Star Wars: Battlefront