Switchblade merupakan permainan akan datang yang memfokuskan pertempuran berkenderaan. Ia dibangunkan oleh Lucid Games dengan menggunakan Unreal Engine 4 dan bakal tiba di Playstation 4 dan PC pada awal tahun 2018 secara percuma. Anda juga boleh mendaftar untuk beta tertutup dilaman rasmi Switchblade sekarang dan berpeluang untuk mencuba permainan ini lebih awal.
Switchblade merupakan permainan pertempuran arena seakan Rocket League, tetapi ia memfokuskan kenderaan bersenjata. Dengan pelbagai senjata yang pemain boleh gunakan seperti mesigan dan meriam, pemain berupaya untuk memilih pelbagai taktik untuk memusnahkan musuh disamping membantu rakan dengan kelengkapan-kelengkapan kenderaan yang disediakan.
Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar beta tertutup sekarang di laman rasmi permainan Switchblade.
[info] Daftar : Laman Rasmi Switchblade [/info]