Sudah melebih setahun permainan Overwatch dilancarkan dan Blizzard mengumumkan pelbagai kemaskini sepanjang permainan ini dilancarkan. Bagi mereka yang masih belum memiliki permainan Overwatch, anda berpeluang untuk mencuba permainan tersebut secara percuma pada 22 hingga 23 September ini di PC, Playstation 4 dan juga Xbox One.

Sesi percubaan tersebut akan bermula 22 September pada jam 2 pagi (Waktu Malaysia) dan bagi pemain Playstation 4 dan Xbox One anda perlu mempunyai langganan Playstation Plus dan Xbox Live Gold untuk bermain. Manakala bagi pemain PC, anda hanyalah perlu mempunyai akaun Battle.net untuk memuat-turun permainan tersebut.

Untuk memuat-turun permainan tersebut, pada 22 September ini, anda hanyalah perlu ke PSN Store atau Xbox Store dan mencari permainan Overwatch dan anda boleh terus memuat-turun permainan tersebut. Bagi pemain PC, anda hanyalah perlu memuat-turun aplikasi Battle.net dan memuat-turun permainan Overwatch di menu utama aplikasi tersebut.

Blizzard juga menyatakan bagi mereka yang ingin membeli permainan tersebut selepas mencubanya, segala kemajuan yang anda dapat ketika sesi percubaan tersebut akan disambungkan setelah membeli permainan tersebut.

Bagi anda yang masih belum memiliki permainan multi-pemain Overwatch, ini adalah peluang anda untuk mencuba pada 22 hingga 25 September ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini