Dengan ketibaan permainan Assassin’s Creed: Origins pada 27 Oktober ini, Ubisoft hari ini mempertontonkan trailer terbaru yang memaparkan pelbagai aksi pertempuran Bayek dan juga musuh-musuh yang bakal beliau hadapi.

Video tersebut memaparkan aksi pertempuran Bayek dengan pelbagai musuh termasuk lah seekor gajah. Seperti nama permainan tersebut, Origin, permainan ini bakal memaparkan cerita asal bagi kisah Brotherhood Assassins bersama Templars.

Assassin’s Creed: Origins bakal tiba pada 27 Oktober ini untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini