Informasi Permainan Video Terkini
Psychonauts Kini Boleh Dimuat-Turun Percuma Untuk Masa Terhad Bagi Pengguna PC
PC

Psychonauts Kini Boleh Dimuat-Turun Percuma Untuk Masa Terhad Bagi Pengguna PC

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Humble Store sering menyediakan penawaran permainan percuma melalui platform mereka. Terkini, untuk penghujung minggu ini, Humble Store menawarkan permainan Psychonauts daripada Double Fine Productions secara percuma untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.

Psychonauts menawarkan bentuk permainan platformer aksi pengembaraan. Pemain akan mengikuti kisah watak Razputin untuk menyertai Ps.ychonauts, iaitu persatuan agen rahsia psychic.

Bagi anda yang inginkan sebuah permainan ringkas dan kasual untuk dimainkan pada penghujung minggu ini, mungkin boleh menebusnya melalui Humble Store secara percuma hari ini.

Muat-Turun Psychonauts untuk PC