Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Super Mario Odyssey yang bakal tiba di Nintendo Switch secara esklusif 27 Oktober ini, sempena Nintendo Direct, Nintendo sempat berkongsi pelbagai lagi informasi tambahan buat permainan tersebut.

Bagi mereka yang masih belum mendapatkan Nintendo Switch, sempena pelancaran Super Mario Odyssey 27 Oktober ini, Nintendo bakal melancarkan berkas Nintendo Switch bersama permainan Super Mario Odyssey. Pemain berpeluang untuk mendapatkan alat kawalan JoyCon edisi berwarna merah mengikut tema permainan tersebut.

Bagi mereka yang sudah mempunyai Nintendo Switch, anda juga boleh mendapatkan alat kawalan JoyCon berwarna merah secara asing dan juga beg bimbit Switch khas rekaan Super Mario Odyssey.

Nintendo juga mengumumkan informasi terbaru buat permainan tersebut, antaranya adalah peta kawasan terbaru. Super Mario Odyssey kali ini memaparkan pelbagai peta kawasan terbaru termasuklah kawasan seakan dinosour, kawasan bersalji malah juga kawasan tepi pantai.

Walaubagaimana pun, Nintendo masih belum lagi mengumumkan jumlah peta kawasan yang terdapat dalam permainan ini malah mereka menyatakan terdapat pelbagai lagi kawasan yang pemain boleh mengembara setelah ia dilancarkan kelak.

Selain itu, mereka juga berkongsi pelbagai bentuk permainan dan kostum-kostum untuk Mario yang pemain boleh dapatkan ketika bermain permainan Super Mario Odyssey tersebut. Setiap kostum tersebut juga bakal memberi tinda balas yang berlain mengikut peta kawasan yang dikembara oleh pemain.

Nintendo juga tidak melepaskan peluang untuk menyertakan mod tangkap gambar untuk permainan tersebut. Pemain berupaya untuk menangkap gambar ketika bermain dengan pelbagai pengubahsuai seperti kabur, warna gambar dan juga sudut penggambaran tersebut. Dengan sistem perkongsian imej di Nintendo Switch, pemain boleh berkongsi gambar-gambar tersebut di laman sosial pemain dan juga menggunakannya sebagai latar belakang peranti pemain.

Anda boleh mula membuat pra-tempahan bagi permainan ini sekarang di mana-mana pengedar rasmi Nintendo. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan yang dinantikan oleh peminat ini.

 

Sohor Kini