Skip to main content

Sempena Nintendo Direct yang berlangsung pagi ini, Nintendo dan The Pokemon Company mengumumkan informasi lebih lanjut berkenaan permainan tersebut yang bakal tiba pada 17 November ini.

Antara pengumuman penting buat permainan akan datang tersebut adalah berkenaan penceritaannya dimana Necrozma menakluk Solgaleo dan Lunala. Pemain akan bertarung dengan Pokemon lagenda tersebut sekaligus membawa penceritaan terbaru termasuklah penceritaan bagaimana pemain mendapat Pokemon pertama buat pertama kalinya.

Selain tambahan kawasan baru, pemain juga berupaya untuk menukar pelbagai kostum dan pakaian baru buat watak- watak pemain.

Nintendo juga mengumumkan bagi mereka yang membuat pembeli awal bermula dari 17 November sehingga 10 Januari, pemain bakal mendapat Pokemon Rockruff secara esklusif dengan keupayaan untuk berevolusi kepada Dusk Form Lycanroc. Pemain juga berupaya untuk mendapatkan 12 biji Quick Balls secara percuma.

Tambahan juga, Nintendo mengumumkan buat Virtual Console bagi konsol Nintendo 3DS eShop, Pokemon Gold dan Pokemon Silver akan dilancarkan pada 22 September ini. Bagi mereka yang membeli salah satu permainan tersebut, mereka bakal mendapat pokemon khas, Celebi dimana pemain boleh memuat-turun Pokemon tersebut di permainan Pokemon Sun, Pokemon Moon, Pokemon Ultra Sun dan Pokemon Ultra Moon.

Selain itu juga, mereka juga mengumumkan pokemon terbaru khas yang bakal tiba di permainan tersebut iaitu Pokemon Unknown UB Burst dan UB Assembly.

Sempena pelancaran permainan Pokemon tersebut juga, Nintendo bakal melancarkan New Nintendo 2DS XL edisi terhad Poke Ball pada 3 November ini.

Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon bakal dilancarkan secara esklusif di Nintendo 3DS pada 17 November ini. Bagi peminat Pokemon, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini dengan pelbagai pernambahan menarik yang bakal tiba secara esklusif pada permainan tersebut.

Leave a Reply