Informasi Permainan Video Terkini
Pro Evolution Soccer 2018 Kini Boleh Dibeli Pada PlayStation 4

Pro Evolution Soccer 2018 Kini Boleh Dibeli Pada PlayStation 4

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Bagi para peminat permainan simulasi bola sepak, kini Konami akhirnya telah mengeluarkan permainan Pro Evolution Soccer (PES 2018) mereka, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya.

PES 2018 menawarkan grafik permainan yang ditambah baik, selain pelbagai mod perlawanan – termasuk secara atas-talian. Ia juga kini menawarkan bentuk permainan yang lebih realistik dari segi kawalan dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan PlayStation 4, anda boleh mendapatkan PES 2018 ini melalui PlayStation Store pada harga RM229.

Muat-Turun : PES 2018 di PS Store