Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Mencuba Dead By Daylight Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad
PC

Anda Kini Boleh Mencuba Dead By Daylight Secara Percuma Dalam Tempoh Masa Terhad

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih belum memcuba permainan Dead By Daylight yang dibangunkan Behaviour Digital Inc, kini anda boleh mencuba permainan ini secara percuma bermula hari ini sehingga 17 September ini.

Permainan ini merupakan permainan seram multi-pemain (4v1) dimana satu pemain akan menjadi seorang pembunuh dan menentang lagi empat pemain lain dimana mereka perlu menerus hidup dan mengelak dari dibunuh oleh pembunuh.

Bersempena dengan penawaranan ini Behaviour Digital Inc juga menawarkan permainan tersebut dengan harga promosi 50% diskaun sehingga 19 September ini.

Anda boleh mendapatkan permainan Dead By Daylight dengan harga RM19 daripada harga asalnya RM38 dan juga edisi deluxe dengan harga RM28 daripada harga asalnya RM56.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memcuba permainan ini secara percuma, disamping membelinya dengan harga promosi.

Promosi Pertengahan Minggu : Dead By Daylight