Informasi Permainan Video Terkini
Sony Malaysia Mengumumkan Berkas Playstation 4 Bersama FIFA 18 Bakal Tiba 29 September Ini

Sony Malaysia Mengumumkan Berkas Playstation 4 Bersama FIFA 18 Bakal Tiba 29 September Ini

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih belum mempunyai Playstation 4 dan bercadang untuk membelinya, anda kini berpeluang untuk mendapatkan berkas Playstation 4 bersama FIFA 18 yang bakal dilancarkan 29 September ini dengan harga RM1499.

Berkas ini bakal disertakan bersama:

  • Konsol Playstation 4 CUH-2100 Series 500GB
  • Alat Kawalan Dualshock 4
  • Permainan FIFA 18 versi cakera fizikal
  • Kod Muat-Turun FIFA Ultimate Team Rare Players Pack dan 3 Icon Loan Players
  • Baucar 1 Tahun Lanjutan Waranti Konsol
  • Kod Langganan 3 Bulan Playstation Plus

Bagi anda yang berminat dengan berkas ini anda boleh dapatkannya di mana-mana pengedar rasmi Playstation.