Informasi Permainan Video Terkini
Sky – Permua Dari Pembangun Permainan Journey Bakal Tiba Di iOS

Sky – Permua Dari Pembangun Permainan Journey Bakal Tiba Di iOS

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Pembangun permainan That Game Company, terkenal dengan permainan Journey di Playstation 3 dan Playstation 4 kini mengumumkan permainan terbaru mereka khas di iOS, Sky.

Sky diumumkan ketika sidang media Apple semalam. Jenova Chen, pengarah kreatif bagi permainan tersebut menyatakan permua Sky merupakan permainan pengembaraan sosial dimana pemain berupaya untuk “memimpin tangan kekasih anda sambil berterbangan di kawasan udara yang terbiar”. Beliau juga berkongsi permua ini adalah khas buat pemain-pemain untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama ketika bermain.

Sky bakal tiba di iOS pada musim sejuk dan mempunyai sokongon multi-pemain sehingga 8 pemain.