Informasi Permainan Video Terkini
Accel World vs Sword Art Online Kini Ditawarkan Untuk PC Melalui Steam
PC

Accel World vs Sword Art Online Kini Ditawarkan Untuk PC Melalui Steam

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Bandai Namco hari ini telah mula menawarkan permainan Accel World vs Sword Art Onine untuk para pengguna PC, melalui Steam. Ia hanya ditawarkan secara digital sahaja, dan versi yang ditawarkan adalah edisi Deluxe.

Permainan ini adalah daripada anime dengan nama sama, dimana permainan ini menawarkan bentuk permainan RPG yang mengabungkan dunia Accel World dan juga Sword Art Online.

Untuk penawaran PC ini, ia hadir dengan pelbagai kandungan tambahan, termasuk DLC Castaway from Another World, SAO Origins, dan juga SAO Ordinal Scale.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini daripada Steam hari ini pada harga RM179. Selain PC, ia turut ditawarkan untuk PlayStation 4 dan juga PS Vita.

Beli : Accel World vs Sword Art Online di Steam