Pada 14 September ini Nintendo bakal mengadakan acara Nintendo Direct, dimana Nintendo bakal mengumumkan pelbagai permainan buat Nintendo Switch dan juga Nintendo 3DS untuk bulan-bulan akan datang.
Ia akan dilangsungkan pada 14 September jam 6 Pagi (Waktu Malaysia) dan anda boleh menontonnya di laman rasmi Nintendo. Sidang media 45 minit tersebut juga bakal memfokuskan berkenaan permainan Super Mario Odyssey yang dirancangkan untuk dilancarkan pada 27 Oktober ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan pelbagai pengumuman oleh Nintendo dan seperti biasa kami di Aksiz bakal berkongsi berkenaan acara tersebut pada masa akan datang.