Permainan perlawanan klasik yang dilancarkan di Neo Geo pada tahun 2004 lepas, Samurai Shodown V Special, kini bakal dilancarkan semula dalam bentuk penambah-baikkan di PlayStation 4 dan PlayStation Vita. Permainan ini dibangunkan oleh Yuki Enterprise dan diterbitkan oleh SNK Playmore. Ia dijangka untuk dilancarkan hari ini khas di konsol Playstation.

SNK juga menambah beberapa mod terbaru seperti keupayaan untuk bermain secara atas-talian dengan pemain lain, galeri yang penuh dengan illustrasi untuk pemain, keupayaan untuk menukar muzik latar dan juga fungsi trofi PlayStation.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain permainan klasik ini khas di PlayStation 4 dan Playstation Vita.

Sohor Kini