Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Mempertontonkan Trailer Kostum Tambahan Buat Permainan Marvel VS Capcom: Infinite
PC

Capcom Mempertontonkan Trailer Kostum Tambahan Buat Permainan Marvel VS Capcom: Infinite

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Permainan perlawanan Marvel VS Capcom: Infinite yang dinantikan oleh peminat kini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Capcom kini mempertontonkan kostum-kostum tambahan buat watak Ryu, Megaman X, Thor dan Hulk bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan edisi deluxe.

Untuk mendapatkan kostum tersebut, anda hanyalah perlu membuat pra-tempahan bagi edisi deluxe untuk mana-mana konsol. Anda boleh dapatkannya di PSN Store dengan harga RM365 manakala di Steam dengan harga RM208. Bagi anda yang membuat pra-tempahan edisi deluxe juga, anda akan mendapat pas musim watak untuk permainan tersebut.

Marvel VS Capcom: Infinite bakal dilancarkan pada 19 September ini untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.