Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Mengumumkan Atomega – Permainan Multi-Pemain Dengan Fokus Membesarkan Watak Dan Musnahkan Musuh
PC

Ubisoft Mengumumkan Atomega – Permainan Multi-Pemain Dengan Fokus Membesarkan Watak Dan Musnahkan Musuh

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Mungkin anda sedia ketahui permainan seumpama pada Nokia 3310, iaitu Snake dan lain seperti Agar.io yang memerlukan anda mengumpulkan “suatu objek” dalam menjadikan watak anda terus berkembang menjadi saiz besar. Kini, dengan konsep lebih kurang sama, tetapi mengintegrasikan ciri-ciri tembak-menembak, Ubisoft hari ini mengumumkan permainan Atomega.

Atomega memerlukan pemain mengumpulkan pelbagai “Atom” dan menjadikan watak anda bersaiz besar mencapai “Omega” dan pada masa yang sama tembak dan memusnahkan pihak lawan.

Atomega akan menawarkan permainan multi-pemain sehingga 8 orang, dan pada sesuatu permainan, ke lapan-lapan pemain akan diletakkan dalam satu arena dan perlu memusnahkan pihak lawan dan mengumpulkan mata ganjaran paling banyak dalam tempoh 10 minit.

Ubisoft menjadualkan pengenalan permainan ini di PC pada 20 September 2017 ini, dan dijangka ditawarkan pada harga kurang RM50.

Layari : Atomega di Steam