Bersempena hari terbuka MISC yang bakal diadakan di Universiti Utara Malaysia(UUM), UUM bakal mengadakan pertandingan permainan Dota 2, The MISC Major 2017 khas buat pelajar dan staf UUM pada 14 dan 15 September ini.

Bermula dengan pusingan kelayakan pada 14 September ini secara atas-talian dan anda boleh membuat pendaftaran hari ini dengan bayaran yuran sebanyak RM50. Manakala acara utama akan diadakan pada keesokkan harinya, 15 September di MISC Hall bersama 20 pasukan untuk bertanding menjuarai pertandingan The MISC Major 2017 dengan hadiah bernilai RM500.

Untuk sebarang informasi kejohanan ini, anda boleh melayari laman rasmi Facebook The MISC Major 2017.

Daftar The MISC Major 2017

Sohor Kini