Skip to main content

Bayonetta dan Vanquish merupakan permainan yang dibangunkan oleh Platinum Games. Ia dilancarkan pada di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2009 dan 2010 lepas. Baru-baru ini juga, Platinum Games melancarkan kedua-dua permainan dalam bentuk penambah-baikkan di Steam.

Nampaknya Platinum Games tidak berhenti di PC sahaja, kerana melalui laman kedai atas-talian Alza di UK, Platinum Games dilihat bakal turut melancarkan kedua-dua permainan edisi berkas khas ini untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One pada November ini.

Laman Alza tersebut menyenaraikan permainan tersebut di laman rasmi dan menyatakan permainan itu bakal tiba November ini. Ketika artikel ini ditulis juga, Alza masih tidak lagi menurunkan senarai permainan tersebut. Anda juga boleh melayari laman tersebut dibawah.

[info] Laman Kedai Atas-Talian Alza : Berkas Bayonetta & Vanquish [/info]

 

Leave a Reply