Lanjutan daripada halangan akses ke Steam yang dilakukan semalam oleh pihak SKMM, hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan yang mana para pengguna akan dapat mengakses perkhidmatan berkenaan seperti biasa kelak pada hari ini.

Hal ini adalah kerana Steam telah pun menghalang muat-turun permainan Fight of Gods berkenaan untuk pasaran tempatan.

Sebelum ini, kerajaan telah meminta untuk Steam menghalang akses permainan berkenaan, namun kerana mereka gagal mematuhinya dalam jangka masa yang ditetapkan, maka halangan ke kedai atas-talian Steam telah dilakukan untuk pengguna tempatan.

Dan langkah membuka kembali akses ini kepada pengguna tempatan semestinya digemari ramai pemain video tempatan.

Sohor Kini