Bermula hari ini sehingga 18 September ini, anda boleh mendapatkan permainan Star Craft II dengan harga promosi sehingga 50% diskaun di laman rasmi Blizzard.
Anda boleh mendapatkan permainan asas Star Craft II: Wings Of Liberty dan juga Star Craft II: Heart Of Swarm dengan harga $9.99(~RM42). Blizzard juga menawarkan beberapa berkas dengan harga diskaun seperti berkas Carbot [ada harga $9.99(~RM42) dan juga berkas Dehaka pada harga $7.99(~RM32).
Star Craft II adalah permainan strategi masa-nyata yang dibangunkan oleh Blizzard dan dilancarkan pada tahun 2010. Walaupun sudah 7 tahun permainan ini dilancarkan, Blizzard sentiasa mengemaskini permainan ini dan juga menambah pelbagai penambahan kandungan untuk permainan berkenaan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Star Craft II dengan murah di laman rasmi Blizzard sekarang.
Jualan Promosi : Star Craft II