LA Noire merupakan salah satu permainan aksi detektif yang telah dilancarkan oleh Rockstar pada 2011 yang lepas. Ketika itu, ia hanya ditawarkan untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3. Kini, hari ini, Rockstar Games mengumumkan yang mana permainan in bakal hadir untuk beberapa konsol generasi baru pada 14 November ini.

Menurut Rockstar, LA Noire bakal hadir ke PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, selain penawaran dalam bentuk realiti-maya untuk HTC Vive.

LA Noire

Melalui versi yang akan ditawarkan ini, Rockstar akan menawarkan permainan asal beserta beberapa kandungan tambahan. Versi baru ini akan turut menawarkan paparan resolusi 4K serta penambah-baikkan dari segi grafik.

Bagi anda yang meminati permainan asal LA Noire ini, mungkin boleh tandakan kalendar untuk 14 November bagi mendapatkannya ke konsol generasi baru anda.

Sohor Kini