Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Untuk Permua Terbaru Dx2 Shin Megami Tensei: Liberation Dipertayangkan

Video Acah Untuk Permua Terbaru Dx2 Shin Megami Tensei: Liberation Dipertayangkan

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Shin Megami Tensei merupakan siri permainan yang dibangunkan oleh Atlus dan sangat terkenal di kalangan peminat-peminat JRPG, kini Sega mempertontonkan video acah terbaru bagi permua Dx2 Shin Megami Tensei: Liberation khas di Akihabara, Jepun.

Video acah tersebut mempertayangkan bayangan watak-watak seperti di laman rasmi permainan tersebut. Kami di Aksiz percaya Sega akan berkongsi informasi lebih lanjut ketika acara Tokyo Game Show 2017 yang bakal berlangsung 21 hingga 24 September ini.

Dx2 Shin Megami Tensei: Liberation adalah permua yang bakal dilancarkan di iOS dan Android. Ia merupakan siri Shin Megami Tensei yang pertama yang dibangunkan khas di peranti mudah-alih.