Informasi Permainan Video Terkini
Syberia Edisi Nintendo Switch Bakal Tiba 20 Oktober Ini

Syberia Edisi Nintendo Switch Bakal Tiba 20 Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Microids, pengeluar permainan Syberia bakal melancarkan permainan tersebut di Nintendo Switch pada 20 Oktober ini. Edisi Switch permainan ini dibangunkan oleh Koalabs dan pemain berpeluang untuk bermain semula sebagai Kate Walker dengan pengembaraannya.

Syberia adalah permainan pengembaraan yang dilancarkan pada tahun 2002 di PC. Ia kemudian mendapat pelbagai pujian dengan penceritaannya yang sangat menarik. Permainan ini juga terdapat sekuel yang dilancarkan pada 2004 dan April 2017 lepas untuk PC dan juga Playstation 4.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengalami semula pengembaraan Kate Walker di Nintendo Switch pada Oktober ini.