Bermula hari ini, pembangun permainan Platinum menawarkan promosi diskaun buat dua permainan mereka iaitu NieR: Automata dan Vanquish khas di Steam.
Bagi permainan Vanquish, anda boleh dapatkan dengan harga RM30 dari harga asalnya RM40 sempena promosi pertengahan minggu ini sehingga 9 September ini.
Manakala bagi permainan NieR: Automata, anda boleh dapatkannya dengan harga RM161.85 dari harga asalnya RM249 sehingga 26 September ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan dua permainan aksi oleh Platinum dengan harga yang murah.
[info] Promosi Pertengahan Minggu Steam : Vanquish [/info] [info] Promosi Steam : NieR: Automata [/info]