Informasi Permainan Video Terkini
Mirage: Arcane Warfare Ditawarkan Secara Percuma Selama 24 Jam Bermula 7 September
PC

Mirage: Arcane Warfare Ditawarkan Secara Percuma Selama 24 Jam Bermula 7 September

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Mirage: Arcane Warfare adalah permainan pertempuran magis penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Torn Banner Studio. Ia dilancarkan 24 Mei yang lepas dan permainan ini memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain.

Dukacitanya, permainan ini tidak menjual dengan baik malah jumlah pemain yang bermain adalah sangat sedikit. Cubaan untuk menaikkan pemain untuk permainan ini, Torn Banner Studio mengambil keputusan untuk menawarkan permainan ini secara percuma dengan hanya tempoh masa 24 jam sahaja. Pemain boleh mula memuat-turun permainan ini secara percuma bermula 7 September jam 1 pagi di laman rasmi Steam permainan tersebut. Setelah anda memuat-turun permainan tersebut, anda akan mendapatnya secara rasmi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan Mirage: Arcane Warfare secara percuma malam ini.

Laman Rasmi Steam : Mirage: Arcane Warfare