Informasi Permainan Video Terkini
The Beast From Beyond – Pernambahan Terbaru Buat Permainan Call Of Duty: Infinite Warfare

The Beast From Beyond – Pernambahan Terbaru Buat Permainan Call Of Duty: Infinite Warfare

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Walaupun tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum Call Of Duty: WWII akan dilancarkan, Activision tampaknya masih tidak lagi mengabaikan permainan Call Of Duty mereka yang sebelum ini. Hari ini, Activision mengumumkan pernambah terbaru untuk permainan Call Of Duty: Infinite Warfare, pernambahan Retribution yang bakal tiba 12 September ini.

Pernambahan ini akan datang di Playstation 4 dahulu dan bagi konsol Xbox One dan PC, ia akan tiba kemudian. Seperti pernambahan COD Infinite Warfare sebelum ini, pernambahan ini akan disertakan empat kawasan baru buat mod multi-pemain dan juga mod zombi terbaru, The Beast From Beyond dimana pemain akan bertempur dengan zombi-zombi di kawasan angkasa lepas. Seperti kawasan zombi yang lain, pemain perlu bertempur dengan segerombolan zombi mengikut peringkat disamping memperoleh pelbagai senjata, perangkap dan pelbagai kelengkapan untuk menentang zombi dengan pernambahan ini.

Buat masa sekarang, pernambahan Retribution ini masih lagi belum diumumkan buat konsol Xbox One dan PC, tetapi bagi mereka yang mempunyai Playstation, anda boleh dapatkannya pada 12 September ini. Bagi mereka yang membeli pas musim Call Of Duty: Infinite Warfare, anda boleh dapatkan pernambahan ini tanpa kos tambahan. Manakala bagi mereka yang tidak membeli pas musim, anda boleh beli pernambahan ini secara berasingan dengan harga RM65.