Humble Bundle sedia terkenal dengan penawaran permainan pada harga diskaun – dan boleh didapati mengikut harga yang dibayar atas pilihan pengguna. Terkini, untuk dua minggu ini, mereka hadir dengan penawaran permainan Android buatan Perancis, dibawa apa yang dipanggil Humbble Vive La Mobile Bundle.

Humble Mobile Bundle

Pada harga sumbangan minima $1, pemain akan menerima tiga permua, iaitu Mechanic Escape, Pang Adventures dan juga unWorded. Kesemuanya adalah hanya untuk Android sahaja, dan ia ditawarkan dalam bentuk fail APK kepada pemain.

Pada harga sumbangan minima pula, anda akan menerima tiga lagi permainan tambahan, iaitu Out There, Sanitarium, dan juga OK Golf. Dan pada harga sumbangan $5 pula, anda akan menerima Gobliiins Trilogy, A Normal Lost Phone, dan juga Dungeon Rushers.

Bagi anda yang ingin menambah koleksi permua pada telefon Android anda, ini mungkin antara pilihan menarik bagi anda untuk minggu ini.

Layari : Humbble Vive La Mobile Bundle

Sohor Kini