Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Dapatkan Siri Permainan Shadow Of Mordor Dan Dynasty Warriors 8: Empires Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Bulanan PSN

Anda Kini Boleh Dapatkan Siri Permainan Shadow Of Mordor Dan Dynasty Warriors 8: Empires Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Bulanan PSN

Diterbitkan pada Sep 4, 2017 oleh .

Anda kini boleh dapatkan siri permainan Middle Earth: Shadow Of Mordor dan Dynasty Warriors 8: Empires untuk konsol Playstation 4 pada harga serendah RM25.50 dan RM83. Kebiasaannya, permainan ini ditawarkan pada harga mencapai RM85 dan RM166 untuk versi digital.

Tambahan juga, penambahan permainan tersebut juga ditawarkan dengan harga diskaun serendah RM3. Bagi anda yang melanggani Playstation Plus, anda juga bakal menerima 10% diskaun tambahan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Middle Earth: Shadow Of Mordor sebelum pelancaran sekuel permainan tersebut, Shadow Of War pada Oktober ini.

PSN Store : Promosi Jualan Bulanan