Humble Bundle sering menawarkan sejumlah permainan menarik pada harga yang dipersetujui oleh anda. Terkini, hari ini mereka hadir dengan penawaran baru yang dinamakan sebagai Humble Capcom Rising Bundle.
Melalui penawaran ini, pengguna boleh mendapatkan tiga permainan utama pada sebarang harga serendah $1 – iaitu STRIDER, Umbrella Corps dan juga Devil May Cry. Ketiga-tiganya ditawarkan melalui Steam, dan pengguna akan mendapat kod penebusan di Steam selepas melakukan sumbangan minima $1 pada laman Humble Bundle ini.
Selain daripada itu, sekiranya anda memilih untuk membuat sumbangan minima purata, anda akan mendapat lima lagi permainan tambahan, iaitu Umbrella Corps Deluxe Edition, Dead Rising 2 : Off The Record, Resident Evil HD REMASTER, Resident Evil 0 REMASTER, dan juga Resident Evil 6.
Dan sekiranya anda melakukan sumbangan minima $12, anda akan mendapat dua permainan lagi, iaitu Dead Rising 2, dan juga Dead Rising 2 : Apocalypse Edition.
Bagi anda yang berminat untuk menambah koleksi permainan di Steam pada harga rendah, mungkin ini adalah peluang anda.
[info]Layari : Humble Capcom Rising Bundle[/info]