Permainan Medabots Classics minggu ini diumumkan bakal tiba di Nintendo 3DS pada 21 Disember ini buat pasaran Jepun sempena ulangtahun yang ke-20. Walaubagaimana pun, Imagineer, pengeluar permainan tersebut masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran global.
Pemain berpeluang untuk mendapatkan permainan ini dalam dua versi iaitu versi Kabuto dan versi Kuwagata pada 21 Disember ini. Kedua-dua versi permainan tersebut akan mengandungi permainan klasik Medabots dari GameBoy mengikut setiap versi yang dipilih. Setiap versi permainan tersebut akan berharga ¥4,800(~RM188). Permainan yang disertakan adalah:
- Medabots (Game Boy, 1997)
- Medabots 2 (Game Boy Color, 1999)
- Medabots 3 (Game Boy Color, 2000)
- Medabots 4 (Game Boy Color, 2001)
- Medabots 5: Susutake Mura no Tenkousei (Game Boy Color, 2001)
Manakala edisi terhad ulangtahun ke-20 juga bakal dilancarkan dengan harga ¥12,000(~RM469). Edisi terhad ulangtahun ke-20 tersebut akan mengandungi kedua-dua versi permainan Medabots Classic, kotak ulangtahun khas, cakera muzik latar dan buku seni khas Ultimate Character Book yang mengandungi 160 halaman bercetak seni konsep dan illustrasi Medabots di dalam permainan tersebut.
Permainan kompilasi ini bakal mengandungi beberapa mod tambahan seperti:
- Keupayaan untuk menyimpan dan pemuatan dimana sahaja.
- Mod multi-pemain lokal secara tanpa wayar.
- keupayaan untuk melangkau Robattle dan menambah kelajuan permainan.
- Fungsi Medabot Album untuk melihat kelengkapan Medabots
- New Game+ – Keupayaan untuk bermain semula permainan tersebut dengan mengekalkan kelengkapan-kelengkapan sesi permainan sebelum ini.
Bagi anda yang berminat siri permainan Medabots, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini khas di Nintendo 3DS.