Informasi Permainan Video Terkini
Reverie – Permainan Diinspirasikan oleh Earthbound Dan The Leged Of Zelda Bakal Tiba Di Playstation Vita

Reverie – Permainan Diinspirasikan oleh Earthbound Dan The Leged Of Zelda Bakal Tiba Di Playstation Vita

Diterbitkan pada Sep 4, 2017 oleh .

Reverie adalah permainan yang dibangunkan oleh Rainbite Limited dan dikeluarkan oleh Eastasiasoft. Ia akan dilancarkan di pada awal tahun 2018 ini secara digital khas di Playstation Vita. Bagi edisi fizikal pula, ia akan dilancarkan secara terhad khas di kedai atas-talian Play-Asia dan bakal mengandungi permainan tersebut, buku manual, cakera muzik latar, peta permainan dan kotak edisi collectors khas.

Reverie adalah permainan aksi pengembaraan yang meletakkan pemain di kawasan fiksyen New Zealand. Diinsipirasikan oleh permainan seperti The Legend Of Zelda dan Earthbound, permainan ini merangkumi bentuk permainan yang hampir sama dengan permainan tersebut.

Pemain akan bermain sebagai Tai, seorang kanak-kanak yang sedang menikmati cuti musim panas dan pemain akan mengembara bersamanya di pulau Toromi disamping hadapi pelbagai misteri dan meneroka pelbagai kawasan pulau tersebut.

Bagi mereka yang masih lagi mempunyai Playstation Vita dan mencari permainan esklusif di konsol tersebut, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini.