Informasi Permainan Video Terkini
Duck Season – Permainan Realiti-Maya Seram Berdasarkan Permainan Klasik NES Duck Hunt
PC

Duck Season – Permainan Realiti-Maya Seram Berdasarkan Permainan Klasik NES Duck Hunt

Diterbitkan pada Sep 4, 2017 oleh .

Duck Season adalah permainan realiti-maya penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Stress Level Zero. Permainan ini bakal dilancarkan di Steam dan Oculus Store pada 14 September ini khas untuk set permainan realiti-maya Oculus Rift dan HTC Vive.

Menariknya, pada permulaan video acah yang dipertontonkan oleh Stress Level Zero, permainan ini seolah dimainkan seperti permainan penembak Duck Hunt yang terkenal di Nintendo Entertainment System(NES). Tetapi ia merupakan permainan seram dimana anda akan bermain sebagai seorang watak budak yang sedang bermain permainan ‘Duck Season’ seperti permainan Duck Hunt dengan memburu itik disamping ditemani seekor anjing yang akan mengutip itik tersebut. Ia ditetapkan ditahun 1988, seolah mengenang kembali nostalgia kanak-kanak ketika pelancaran permainan Duck Hunt tersebut. Tetapi ia bukan sekadar sebuah permainan memburu itik, permainan ini mengandungi penceritaan yang lebih mendalaman dengan tujuk pengakhiran yang unik.

Bagi anda yang berminat dengan permainan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatnya pada 14 September ini secara esklusif di HTC Vive dan Oculus Rift.